Sunday, March 27, 2011
Rahsia Kekalkan Kebahagian Rumahtangga
salam.. hari ni rasa mcm nk bcrita skit psal rumahtangga..
bukan psal rumahtangga ain yer... tapi mcm mne nk kkalkan rumahtangga yang bahagia.. antara cara2 nya ialah..
1. Tidur dalam satu selimut bersama isteri
Daripada Atha bin Yasar, dia berkata. ‘sesungguhnya Rasullah S.A.W. dan Aishah R.A biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda berada dalam satu selimut dengan Aishah, tiba-tiba Aishah bangkit. Baginda kemudian bertanya, ‘Mengapa engkau bangkit?’ Jawab Aishah, ‘kerana saya haid,wahai Rasullah.’ Sabda Rasullah, ‘kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah dan dekatkanlah kepadaku.’ Aku pun masuk dan berselimut dengan beliau’ (Riwayat Sa’id bin Manshur)
2. Memberi Wangi-wangian Pada Aurat
Aisyah berkata, “Sesungguhnya Nabi SAW apabila meminyakkan badannya, baginda akan memulai daripada auratnya menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) dan isterinya baginda meminyaki bahagian lain tubuh Rasulullah.” (Riwayat Ibnu Majah)
3. Mandi Bersama Isteri
Dari Aisyah RA, beliau berkata, “ Aku biasa mandi bersama Nabi SAW menggunakan satu bejana. Kami bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana tersebut).” (Riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)
4. Disikat Oleh Isteri
Dari Aisyah RA, beliua berkata, “Saya biasa menyikat rambut Rasulullah SAW, ketika itu saya sedang haid.” (Riawayat Ahmad)
5. Meminta Isteri Meminyaki Badan
Dari Aisyah RA, “Saya meminyaki badan Rasulullah SAW pada hari raya Aidiladha setelah beliau melakukan jumrah aqabah.” (Riwayat Ibnu Asakir)
6. Minum Bergantian Pada Tempat Yang Sama
Dari Aisyah RA, dia berkata, “Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya, lalu baginda minum. Kemudia saya mengambil cawan tersebut dan lau menghirup isinya, kemudian baginda mengambilnya dari saya, lalu baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu baginda pun menghirupnya.” (Riwayat Abdurrazaq dan Said Manshur)
7. Membelai Isteri
Suatu riwayat menceritakan, “Adalah Rasulullah SAW tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang, Baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di tempatnya.” (Riwayat Ahmad)
8. Menciumi Isteri
Dari Aisyah R.A, bahawa Nabi SAW biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk, kemudian baginda bersembahyang dan tidak mengulangi wuduknya. (Riwayat Abdurrazaq) Dari Hafshah, puteri Umar Al-Khattab, beliau berkata, “Sesungguhnya Rasulullah SAW biasa mencium isterinya sekali pun sedang berpuasa.” (Riwayat Ahmad).
9. Berbaring Di Pangkuan Isteri
Dari Aisyah R.A, beliau berkata, “Nabi SAW biasa meletakkan kepadanya dipangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian baginda membaca al-Quran.” (Riwayat Abbdurrazaq)
10. Memanggil Dengan Panggilan Mesra
Rasulullah SAW biasa mmanggil Asiyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti Aisy & Humaira (pipi merah delima).
11. Menyejukkan Kemarahan Isteri Dengan Mesra
Nabi SAW biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah dan baginda berkata, “Wahai Uwaisy, bacalah doa: “Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, bilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku daripada fitnah yang menyesatkan. “ (Riwayat Ibnu Sunni).
12. Membersihkan Titisan Darah Haid Isteri
Dari Aisyah R.A, dia berkata, “Aku pernah tidur bersama Rasulullah SAW di atas satu tikar ketika aku sedang haid. Apabila darahku menitis di atas tikar itu, baginda mencucinya pada bahagian yang terkena titisan darah dah baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda sembahyang ditempat itu pula. Kemudian baginda berbaring kembali disisiku. Apabila darahku menitis lagi diatas tikar itu, baginda mencuci pada bahagian yang terkena titisan darah itu saja dan tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang diatas tikar itu.” (Riwayat Nasai).
13. Memberikan Hadiah
Daripada Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, dia berkata “Ketika Nabi SAW menikah Ummu Salamah, baginda bersabda kepadanya, “Sesungguhnya aku pernah member hadiah kepada Raja Najasyi sehelai pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku ketahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu dikembalikan. Jika hadiah itu dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu.” Dia (Ummu Kaltsum) berkata “Ternyataan keadaan Raja Najasyi ternyata seperti telah disabdakan Rasulullah SAW dan hadiah itu dikembalikan kepada baginda, lalu baginda memberikannya kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian tersebut baginda diberikan kepada Ummu Salamah.” (Riwayat Ahmad).
14. Segera Menemui Isteri Apabila Tergoda
Dari Jabir, sesungguhnya Nabi SAW pernah melihat wanita, lalu baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, untuk melepaskan keinginan Baginda kepadanya. Baginda kemudian keluar dan bersabda, “Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan, apabila seseorang diantara kamu melihat wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri isterinya ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu.” (Riwayat Tirmizi)
Begitu indah kemesraan Rasulullah SAW kepada isteri baginda, memberikan gambaran betapa Islam sangat mementingkan sikap kerana sikap perbuatan baik cara yang paling efektif menyatakan rasa cinta, kasih dan sayang antara suami dan isteri. Ini lah teladan yang perlu diteladani!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment