Monday, December 12, 2011

~ KenCing Kotor~

Assalamualaikum...


semalam aku pergi untuk check up monthly untuk my bb....seawal 8 pagi aku dah meredah hujan yang renyai2 ntuk pergi ke klinik... xnak kjutkn my hubby, so aku drive sndri je p klinik.. Alhamdulillah, untuk trip kali ni semuanya boleh dikatakan ok la.. termasukla:-
#ujian air Kncing-Neg, hepi la jugak sbb last trip aku de msalah skit tang ni.. huhu
#Ujian Berat Badan- Badan ku dah kembali Normal...53.5 up to 54kg...Yeay...
#ujian Hb- 11.8..Alhamdulillah...masih d paras normal
#check perot- ok..
#n aku da dpat dgar bunyi y pkai scan tu.. slama ni aku dok tgok org je pkai alat tu sbb aku still not palpable lagi, n skarang da tau mcmne.. geli.... hihi

n for the last, sesi kaunseling time from Nurse, semuanya ok katanyer..aku ingtkan boleh la balik umah n trus p kije.. but nottt.... aku kne p klinik satu lagi ntuk ujian air kncing.... waaaa.. ingtkn dah settle... balik umah trus kjutkan my lobly hubby...

sampai d klinik, punya lah rmai manusia....aku trus mnunggu n trus mnunggu sehingga la namaku dipanggil...kali ni aku paksa my hubby masuk, biar dia tahu mcmne keadaan diri aku.. Tenang je tengok muka doktor, firstly doktor kate kandungan gula dlm air kncing aku dh xde...Alahamdulillah..tapi, tapi, tapi........ doktor kate"ade jangkitan kuman pada salur kncing aku ni...mula2 slamber je aku dengar, sebab aku x brapa faham sangat tentang masalah ni..yang bnyak bertanya pada doktr pon my hubby je.. tanya tu, tanya ni.. aku just angguk2 geleng2.. huhuu...aku ingtkan ni msalah biasa yang xkan bg pe2 ksan or effect pda kandungan ku...tp upenye tidakkk.....so, aku brtekad nk makan ubat antibiotik yang doktr bg tu smpai abis demi my bb....tapi.. tapi.. tapi... sampai hari ni aku masih blom sntuh ubat tu...Ya Allah,, Tuhan saja yang tahu mcmmne bau die...yerkkkkk....so, mcm mne aku nk settle kan msalah ni.. ade ke cara lain untuk hilang kan jangkitan kuman ni.. tolong laa aku.....aku sayang My bb..



untuk ujian seterusnya aku berdoa agar tiada apa2 yang akan berlaku.. aminn..

Saturday, December 3, 2011

panduan Bersama~~

MENGENAL GERAKKAN JANIN


hurm.. duk belek2 blog orang.. dah terjumpe artikel ni... sesuai sngt sbgai panduan n peringatan bakal2 mommies n untuk diri sendri...

Waktu terbaik untuk mengamati gerakan janin adalah pada malam hari saat Anda berbaring santai. Atau, pagi hari ketika bangun tidur bila usia kandungan Anda sudah masuk trimester ketiga.

Jika Anda dapat merasakan janin bergerak, baik gerakan halus dan kuat, ertinya bayi baik-baik saja. Namun, bila Anda merasa bayi tidak aktif seperti biasanya, kemungkinan besar ia sedang malas bergerak, dan Anda harus cuba bangkitkan semangat geraknya. Kerana bila janin tidak merespon rangsangan anda lebih dari 1 hari segera berjumpa doktor, untuk memantau kondisi janin. Mari, kenali gerakan janin sesuai dengan usianya, supaya Anda boleh memantau perkembangannya.

* Minggu ke-16 sampai 20. Di minggu ke-16 Anda mulai dapat merasakan gerakan janin seperti tendangan dan bonjokan. Disebut sebagai fase quickening.
* Minggu ke-21 sampai 24. Aktiviti bayi makin meningkat. Dia banyak menendang kerana volume air ketuban masih sering memungkinkan untuk bergerak leluasa.
* Minggu ke-25 sampai 28. Bayi mulai terkejut. Inilah yang menyebabkan Anda merasakan sensasi seperti tersentak-sentak. Dia juga akan bergerak merespon suara dari luar kerana pendengarannya makin baik. Kadang-kadang janin ‘takut’ mendengar suara keras.
* Minggu ke-29 sampai 31. Gerakan bayi makin kuat, teratur dan terkendali. Kadang Anda sampai merasakan rahim kontraksi.
* Minggu ke-32 sampai 34. Inilah masa puncak aktiviti bayi. Dalam minggu-minggu ini, Anda akan merasakan peningkatan frekuensi dan tipe gerakan bayi, kerana dia semakin besar dan kuat.
* Minggu ke-36 sampai 40. Ukuran bayi yang semakin besar dan keterbatasan ruang dalam rahim membuat gerakan memutar janin makin berkurang frekuensinya. Bila dia menghisap jari dan tiba-tiba lepas, Anda akan merasakan gerakan dengan lebih cepat. Itu tanda bayi memutar kepalanya untuk mencari jari kembali. Jika perut Anda kecil, kemungkinan besar dapat memegang kaki bayi. Gerakan utama yang Anda rasakan adalah bonjolan tangan atau tendangan kaki bayi yang mungkin menyakitkan tulang rusuk Anda



Fuhhh.... xsabar nk merasai detik2 indah ini.. huhu...




that all peeps.... semoga menjadi pandual bakal2 mommies yer..

tata..

~~ Taraaaa~~~

Assalamualaikum w.b.k.t.....


Fuhhh......da berabok sakan dah blog aku ni.. huhu.. lme gler x update... tetibe je arini mcm rajin je kan.... maklum la skang dah kije.. kene pulak arini kije sorang2 .. huhu...

ermm... Alhamdulillah... skang rumahtangga ku sdah hampir genap setahun.. Alhamdulillah,setelah brmacam dgaan dan rintangan aku n hubby lalui.. namun, lebih banyak kemanisan daripada kepahitan yang aku lalui.. sesungguhnya aku sangat bersyukur dengan apa yang di anugerah kan olehNya...


dikala usia perkahwinanku mencecah ke 7 bulan.. aku n hubby di anugerahi dengan satu lagi Rezeki yang amt bernilai buat aku n hubby.. walaopun aku n hubby merancang untuk tidak mempunyai zuriat pada usia perkahwinan kami yang masih awal, namun kami menerima Rezeki yang diberikan dengan hati yang terbuka dan bersyukur.

dan sekarang, usia kandungan ku sudah mencecah 21 minggu....banyak suka dan duka aku lalui semasa tempoh kehamilan....bermacam2 kerenah dan ragam aku terpaksa hubby layani.. sori papa.. bukan sengaja.. hihi..


ok lah..thats all for today.... hihi..now, bersiap2 ntuk kmas brang n mao pulang..


tata..

Monday, April 11, 2011

Malam Tadi Punya cerita....

assalamualaikum...

hye peeps.... how are u today???
arini xcited gler ase nk update.. huhu... arini pe kate kita hayati sajak dan puisi y indah ini,
hihi.. janagan tak percaya.. my hubby tetibe jer dedicated this poem to me last nite...
ermm..,rase mcm skit terharu laa... pe2 pon jom kita hayati.. kikikikiki...

*sajak pertama ni buat aku rasa mcm bahagia sngat...

sayangku Nurain, andai kau tahu, bertapa aku menyayangimu, mencintaimu, kasihku padamu tak pernah pudar bahkan bercambah dari hari ke hari , andai kau tahu, sejak aku mengenalimu, aku mengenali erti cinta, tetapi aku kian sedar siapa aku padamu, andai kau tahu puas aku menepis cinta ini, puas aku tanamkan rasa benci, tetapi makin aku benci makin bertambah sayangku padamu

*tapi aku rasa sdih bila baca sajak ke 2 ni... ase mcm bersalahnye aku..

Nurain, hadir dirimu tanpa kuundang, kau datang saat aku terpinga2, kerana tidak mengerti eri cinta yang sebenar, nurain, kau tarik diriku ke kotak kejiwaan, kau kurung diriku disitu, kau layamesra, manis dan manja, keranan aku tetamu yang baru kenal erti cinta, sungguh indah dan bahagia, rindu kesumat, kasih dan sayang pun tercipta, Nurain, aku keliru, ape yang ingin kau buktikan, disaat aku menerima cintamu itu, dirimu sirna, kasihmu pudar, kemana dirimu?? kini aku kesorangan... di kotak cintamu kini.. terjerat disitu.. bukanku minta simpati darimu... bawalah aku ke tempat asalku, kerana tak sanggup lagi aku hidup begini selamanya.....

aku faham knapa abg
meluahkan rasa hatinye sebegini rupa...
namun, aku manusia biasa,serba keku
rangan, aku mngerti kehendak dan keperluan abg...
sebagai seorang isteri, wajib aku menjaga makan minum, pakai dan keperluan abg,,,

abg.. maafkan ayg yer.. xlme lagi ayg akan brada dekat ngan abg ntuk selamanya...
kita akan melyari bahtera rumahtangga kita bersama hingga akhir hayat kita...

insyaAllah....


*Ma syg papa *



Wednesday, April 6, 2011

:: Giler Gamess::

assalamualaikum....

hye all... sejak 2 menjak ni sy terlalu obses dengan Games.. huhu.. syoknyer main games.... sampai satu kije pon xjadi.. aduihhh...

sape2 yang suke main game tu angkat tangan mcm saya... (geleng2 tangan) huhuhu.... agak2 games ape yang menarik sekarang ni yer... sy suke main games y suruh kita cri barang2 tersembunyi tu... tp xjupe... yang sy syok duk main sekarang ni Games Sonic.. yahhhh.... n games Mario Bross.. hahah.. bio laa org kater dah ktinggalan zaman pon... Udah teman suke bbenor... nk buek cmno.. kikikkikiki.. jom.. sape2 y ske men gme... folow me.. hihihi...


nk tau sy main dkat mne.. jom.. zassss


http://www.playedonline.com/game/599261/pizza-point.html


ha... kome cri la sndri yer.. hihi... teman dah bg Link dah tu...


adios amigos...

** sy sayang Suami saya sangat2.... kekekeke(iklan xbbyar)

Thursday, March 31, 2011

~~W.O.W~~~

huhu.... duk2 blogwalking,, tetibe terjumpe artikel nim.. huhu... sangat2 mnarik dri untuk mngetahui dengan lebih lanjut..

jom kita share sme2 bagi yang dah berumahtangga tu jangan lupa amalkan yerrr...

sape nk tahu khasiat memeluk isteri kita dan pelukan Suami untukIsteri...jom klik kat bawah....-->>

http://feryco.com/khasiat-memeluk-isteri-kita-dan-pelukan-suami-untuk-isteri


jom sama2 kita amalkan benda y sihat dan demi kepentingan dan keharmonian rumahtangga bersama...

Insyaallah...

:: pesanan Buat SUAMI::

salam...

khas untuk my hubby... huhu... pesanan2 dari isterimu....

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.


Huhhh... manyaknyer pesanan2.. hehehe.... Just for my Hubby With Love...